Search This Blog

Loading...

Thursday, May 17, 2012

Goodbye Semester 4, Salam to championship at Kepong

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, selesai sudah final exam untuk semester 4 kali ini.

"Camner soalan tadi? Senang tak? Dengar kata semester 4 ni KILLER SEMESTER!"

Aish! Jangan la berkata begitu, selagi kita berusaha, Allah berjanji akan menolong selama mana kita berusaha. Erm, quite susah jugak final exam baru-baru ni tapi benda dah lepas tu, lepas la. Bergantung pada Allah sama ada ingin diberi rezeki pada aku or ujian hidup. Aku harap dapat diberi rezeki walaupun sekadar lulus. Insya Allah.

"Okay! End of the story, cukup2 la pasal final exam. Sekarang move on to taekwondo championship."

Selepas final exam, aku nak fokus on taekwondo championship yang bakal berlansung di Kepong bertempat di Dewan Sri Murni, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Abdullah, Kuala Lumpur pada 25 Mei hingga 27 Mei ni. So, sekarang dah kena berlatih dengan kawan aku. Aku sendiri tak pandai lagi. Aderss~

"Wah? Memang menggamit memori zaman sekolah setelah sekian lama aku meninggalkan alam persekolahan."

"Bestnyer! Dapat lawat Kuala Lumpur, Hohohoho~"  (Gelak jahat)

Pertandingan kali ini, aku cuma masuk Poomsae sahaja. Tak nak la sparring, fobia dah. Hahaha, tapi sumpah SEWONOK GILER aku masuk sparring yang pernah berlansung di dewan INTEC UiTM Shah Alam. Walaupun seronok sertai sparring, aku pun nak merasa jugak pengalaman menyertai pertandingan Poomsae pulak.

"Cop, cop, cop! Apa tu poomsae? Sparring? Whats that derr~"

Okay2, aku nak google kejap. Aku sendiri pun tak pandai nak explain :D

Poomsae adalah gabungan teknik yang dipelajari dan digunakan untuk menentang lawan khayalan. Maknanya, kita hafal teknik2 yang diajar oleh jurulatih taekwondo dan mempraktikkannya seolah2 ada lawan depan kita :)

Contoh video poomsae


Ini adalah poomsae koryo. Poomsae sebenarnya banyak teknik dan jenis.

"Owh, faham, faham. (Yeker faham...?) Sparring tu ape pulak?"

Sparring adalah teknik yang dipelajari untuk melawan si lawan dengan secara realiti. Contohnya macam bergaduh betul la atas tempat berlawan. Teknik yang kita gunakan dalam pertandingan ni adalah bebas asalkan tidak melanggar peraturan ketika berlawan. Kalau tidak, dikenakan penalti iaitu akan dikurangkan mata yang kita berlawan tadi. Ye la, masa aku sparring dulu pun pernah kena penalti ni. Huk, huk, huk. 

Contoh video sparring



Aku harap la dapat melakukan yang terbaik bile kat Kepong nanti. Tak menang takper, janji aku dapat sijil. Hohohoho~ Insya Allah, ameen...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...